Salam sejahtera, semoga perjalanan hidup ini diredhai olehNYA. Postingku yang kedua ini datang setelah hampir seminggu aku 'bina' blog ini.
Ehmmm, pagi tadi aku dikejutkan dengan berita pemergian YB Datuk Hamdan, ADUN Permatang Pasir.
"Sesungguhnya kami milik ALLAH dan kepadaNYAlah kami kembali" (Al-Baqarah : 156)
Kalau dari pandangan peribadi aku, betapa banyak telah ALLAH 'uji' dengan kematian para YB dalam tugasan. Sebut sahaja Bukit Gantang, Manek Urai dan yang terbaru Permatang Pasir. Wahai Tuhanku, betapa hanya Dikau yang layak menguji kami.
Bulan ini juga keluargaku telah kehilangan satu - satunya adik lelaki bagi ibuku (pakcik sebelah ibu). Tepatnya 1 Sya'ban 1430H (23 Julai 2009), jam 10.00 pagi di Hospital Pontian, Johor. Sesungguhnya hanya ALLAH yang Maha Mengetahui penderitaan yang dialaminya, sakit kerna kaki kanannya dipotong asbab kencing manis yang telah menular membuahkan sebak yang mendalam buat diriku. Dan berita bahawa seminggu sebelum kembalinya ke Rahmatullah bahawa kakinya yang sebelah pula akan diamputasi, lagi - lagi menyentap jiwaku. Aku selalu berharap bahawa pakcikku akan sihat, namun ALLAH punya 'jalan keputusan' buat para hambaNYA. Telah aku bayangkan, andai ada kelebihan rezeki, ingin aku belikannya kaki palsu dan menghantarnya bertemu dengan pakar yang terbaik. Aku 'terlupa' sejenak bahawa aku bukan siapa - siapa untuk memastikan sesuatu rancangan itu berjalan sempurna atau berhasil. ALLAH S.W.T adalah segala - galanya. Cumanya mungkin pesanan dari seorang pensyarahku buat aku sedar, yang seharusnya kematian itu menjadi iktibar kepadaku untuk menjaga kesihatan. "Ingat 5 perkara sebelum datang 5 perkara, di mana salah satunya - SIHAT SEBELUM SAKIT."
Ya ALLAH... Hanya doa yang mampu aku panjatkan agar rohnya, MUHAMMAD BIN TAJANG di tempatkan di tempat yang sebaik - baiknya. Begitu juga, semoga para 'pejuang' agamaMU di berikan kerehatan yang telah dijanjikan di alam Barzakh sana. Dan aku berharap agar aku dapat mengambil pengajaran pada setiap kejadian ciptaanMU, sama ada KEHIDUPAN mahupun KEMATIAN.

No comments:
Post a Comment